Red smooth Live
LEADJA's Princess

Welcome to my simple triple blog, i`m blabla..famous as blabla..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow :)



CHIT♥CHAT!



Big Claps

Template: Aina Syaza
Re-edit:Shya
Other: WeHeartIt Photobucket
Instagram
Sebenarnya Saya Isteri Dia
17 April 2013


Hai hai :D Okayy ! Kalau dulu kita menerima penangan dari slot drama Setia Hujung Nyawa , now Sebenarnya Saya Isteri Dia :DD Pernah tengok ? Tak pernah lagi ? Korang wajib tengok drama ni ! Serious weeii cerita ni memang BEST gilerr . Shya setiap hari Jumaat memang dah ready depan Tv tepat jam 9 . 


Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula.

Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.
Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf.

Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama.

Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.
Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya.


Handsome kan ? Hihi dah jadi header twitter shya :DD Okayyy ! Dulu Syed Shamim sekarang IZZUE ISLAM <3 <3 haha 
 Okayy btw wish me luck for my sej presentation tomorrow and thanks to Faridzuan Sahni sebab dah tolong buat kan slide td hihi :D nampak sangat membuli ekk ? Dia buat slide aku tengok movie ;) Thanks dude 




Older Post | Newer Post